Di Malaysia seorang pakar perniagaan Internet yg tak asing lagi iaitu IRFAN KHAIRI memulakan perniagaannya sendiri secara Internet . Hebat tak hebat dia niyy pada seawal umur 25 tahun sudah bergelar jutawan kot dgn hanya memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999 . Sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi . Perniagaan secara Internet niyy sebenarnya lebih mudah untuk dimulakan kerana kosnya yang amat rendah . Sbgai cth IRFAN KHAIRI hanya menggunakan duit sebyk RM500 utk permulaan perniagaannya . Yang paling penting korg mestilah kena ada ilmu mengenai Internet kan ! Kalau tak mcm mane nak mulakan perniagaan secara Internet an ? hehe .
TADAAAAA ... Ini laaa Irfan Khairi yg aku katekan tuhh . hehe
Bagi sesape yg baru or masih ragu2 nk mulakan perniagaan secara Internet .. So .. aku nak share sedikit fakta yg menarik and why korang mesti pilih Internet as one of alternative in promoting your own new business . SELAMAT MEMBACA !
13 JUTA PENGGUNA FACEBOOK DI MALAYSIA
Terdapat 13 juta pengguna Facebook di Malaysia . Ini bermakna 88% pengguna Internet di Malaysia menggunakan Facebook . Majoriti pengguna Facebook di Malaysia pula adalah di kalangan umur 20 tahun hingga 40 tahun . Sekiranya sasaran pasaran anda adalah dikalangan umur ini , pemasaran melalui Facebook adalah amat penting .
Namun begitu, lebih 90% usahawan menggunakan Facebook dengan cara promosi yang salah. Ini hanya akan menjatuhkan kredibiliti perniagaan.Anda perlulah mengetahui dan mempelajari kaedah promosi menggunakan Facebook yang paling efektif . Ketahui cara menambahkan lagi "likes" atau followers Facebook anda yang terdiri daripada sasaran yang paling tepat sekali . Sememangnya Facebook adalah percuma , tetapi , dengan menggunakan strategi yang betul, medium percuma ini boleh memberi pulangan yang agak tinggi !
51% PENGGUNA INTERNET MALAYSIA SERING MENGGUNAKAN YOUTUBE
80% Pengguna Internet Malaysia mempunyai tabiat muat turun video . 51% amat aktif di YouTube . Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya sesuatu perniagaan perlu menggunakan YouTube untuk tujuan pemasaran . Ianya dianggar juga pada tahun 2015 , lebih 90% kandungan di Internet adalah video . Menggunakan YouTube untuk mempromosikan perniagaan sering dilakukan di negara-negara barat. Di Malaysia, ianya masih lagi baru dan kurang digunakan. Oleh sebab inilah , anda perlu membawa perniagaan anda ke YouTube sebelum pesaing anda melakukannya . Dan tahukah anda, YouTube adalah enjin pencari ke#2 yang paling popular di dunia .
Anda perlulah mempelajari cara mempromosi perniagaan anda menggunakan YouTube . Pelajari kaedah menghasilkan video yang berkualiti dengan cara mudah dan dapat mengubah pelawat menjadi pembeli . Teknik membawa video anda ke hadapan muka surat YouTube juga akan didedahkan supaya perniagaan anda akan dilihat oleh beribu prospek anda !
65% PENGGUNA INTERNET MALAYSIA PERNAH MELAKUKAN BELIAN ONLINE
Kajian mengatakan bahawa 65% pengguna Internet Malaysia pernah melakukan belian online . Tahun ini juga , pasaraya Tesco telah mula membuat perkhidmatan jualan online. Ini menunjukkan kesediaan orang Malaysia melakukan belian di Internet . Jumlah ini akan terus meningkat setiap tahun secara mendadak . Keadaan ini menunjukkan pentingnya untuk membawa apa sahaja perniagaan ke Internet . Anda hendaklah mengetahui teknik dan strategi terkini memulakan perniagaan di Internet.
58% BELIAN ONLINE DI MALAYSIA MENGGUNAKAN KAD KREDIT
58% belian di Internet adalah menggunakan kad kredit. Selebihnya adalalah melalui bank-in, online banking, COD , cek dan juga wang pos. Penggunaan kad kredit yang tinggi di Internet merupakan satu peluang untuk usahawan dalam mempermudahkan jualan produk ataupun perkhidmatan .Berita baiknya , menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan adalah mudah . Dengan hanya mempunyai merchant account (sama ada yang percuma atau berbayar) , anda boleh mula menerima bayaran kad kredit dari pelanggan Malaysia , ataupun dari sesiapa sahaja seluruh dunia untuk perniagaan anda .Anda bukan sahaja perlu mengetahui cara menerima bayaran pelanggan menggunakan kad kredit , bank in atau online banking , tetapi juga , lebih penting adalah psikologi jualan di Internet dalam membina kepercayaan dan keyakinan pelawat laman web untuk membeli daripada anda . Sebab utama prospek tidak beli daripada anda adalah tidak mempercayai laman web anda . Anda perlu tahu selok belok dan ayat-ayat untuk menarik psikologi pelawat membina kepercayaan dan kredibiliti supaya menjadi pembeli setia perniagaan anda .
BERTINDAK SEKARANG !
Tiada kaedah singkat untuk mencapai matlamat korg melainkan korg perlu bekerja keras dengan sasaran yang diletakkan. Tindakan awal dalam mengurus perniagaan akan membuahkan hasil di kemudian hari.
Don’t Give Up
Saya sudah anda bila lagi ...









